Thursday, December 27, 2012

~ MENCARI KETENANGAN YANG HILANG 1 ~

Humaira' menghirup udara nyaman di pagi hari, 
Hatinya terusik tika suasana pagi berjaya menyunting damai dalam hatinya.
Kepalanya didongakkan memandang ke langit, kelihatan awan biru berarak mengikut angin.

"SubhanAllah. Indahnya ciptaanMu, ya Allah."

Matanya ralit melihat burung-burang yang terbang bebas bermain di awangan.
Hatinya tersentuh, telah lama damai itu hilang. Sekian lama dia mencari ketenangan itu.
Tanpa diduga air mata keinsafan itu mengalir, meratapi dosa-dosa silam yang membuatkan hatinya jauh dari cinta Ilahi.

"Andai aku mampu kembalikan masa, aku tidak ingin membiarkan diri aku menjadi seperti sekarang. Aku dahagakan kasihMu ya Allah. Telah lama aku lalai, aku leka melayari hati yang dahagakan kepuasan."bibir Humaira' berbisik perlahan. Seolah-olah jiwanya sedang berbicara.

Walaupun hari ini jadualnya padat dengan kuliah, dia masih mencari ruang untuk menyembuhkan rona hitam dalam hatinya. Humaira' mengalihkan langkah untuk menyiapkan diri ke fakulti.
Humaira' tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Hari-harinya cuba disibukkan dengan aktiviti yang bermanfaat agar jiwanya tidak terasa kosong. 
Suasana di dewan kuliah riuh rendah dengan suara rakan-rakan seperjuangannya. Ada saja topik perbualan yang ingin dikongsikan dengan rakan yang lain. Humaira' gemar melihat gelagat rakan-rakannya. Ada yang menjaga adab, ada yang kuat melaram, ada yang berjaya menonjolkan kepimpinannya, ada yang kelihatan merendah diri dan ada juga yang berkeyakinan.

"Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza. Setiap orang ada kelemahan dan keistimewaannya yang tersendiri. Aku juga begitu, tetapi masih banyak yang harus aku perbaiki."bicara hatinya.

Begitulah rutin harian Humaira'. Dari pandangan itu, sesekali mendekatkan dia dengan Allah, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Jauh lagi perjalanan hidupnya.

Malam yang disinari cahaya bulan hadir menggantikan siang yang diterangi cahaya matahari. Humaira' teringat Firman Allah dalam surah Ali- 'Imran ayat 190-191 :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan Bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Humaira' berjalan menuju ke luar rumah untuk menikmati cahaya bulan. Tangannya memeluk erat Al-Qur'an yang dahulunya sangat jauh dengan hatinya. Kini Al-Qur'an itulah yang menjadi teman setia Humaira'. Dia percaya surat-surat cinta dari Allah itu mampu memberikan ketenangan kepada hatinya. Hati Humaira' sering dirundum pilu tika dirinya bersendirian. Saat itu, Al-Qur'an itulah yang akan dicapai untuk memulihkan semangatnya yang kadangkala goyang dek bisikan kenangan lama yang pernah membuatkan dirinya tersungkur suatu masa dahulu.

"Aku kena kuat, aku ada Allah."ayat itu meniti dibibir Humaira' bersama air mata yang berlinangan.

Imannya sering teruji. Adakala dia sendiri gagal mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak seharusnya dia lakukan.

"Ya Allah, jahilnya hambaMu ini dalam mengenaliMu. Hinanya hambaMu ini dalam memegang amanahMu. Lalainya hambaMu ini dalam mengingatiMu."layar keinsafan itu dibiarkan melayani hatinya yang mencari jalan menuju redha Ilahi.

" ya Allah, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya engkau maha pemberi "
(al-imran:8)


Humaira' mengesat air matanya yang semakin deras mengalir. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat-sahabat dan kenalan yang mendekatkannya dengan Allah.

"Kalau kita nak jadi baik, Allah akan hantarkan orang-orang yang baik untuk bantu kita"

Humaira' menguatkan keyakinannya supaya langkahnya terus gagah untuk meniti hari-hari yang berbaki.Dia sedar masih banyak dugaan yang harus ditempuhi. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong itu, bukan mudah untuk menjernihkan air yang keruh dan bukan mudah untuk berjihad di jalan Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 menguatkan hatinya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Selagi masih ada kudrat, Humaira' bertekad untuk terus melangkah dan memperbaiki dirinya. 
Malam itu hatinya terasa sangat tenang. Humaira' mencapai sebatang pena dan sehelai kertas.

27/12/2012

langkah demi langkah aku lalui
mencari kebenaran dalam keraguan
mencari sinar dalam kegelapan
mencari kekuatan dalam kelemahan.

dulu hati kecil ini lalai
dulu hati kecil ini leka
kini hati ini ingin kembali
kini hati ini dahaga cinta Ilahi.

saat diuji, jiwa ini rapuh
hilang punca untuk melangkah
terkapai-kapai mencari arah
mengharap sinar yang menyinggah.

harapanku,
andai mata ini terpejam untuk selamanya
izinkan aku mengecapi cintaMu
izinkan aku merasai ketenangan yang hilang
izinkan aku berlabuh dalam layar keinsafan.

hati yang diuji, Humaira'

Utusan itu diletakkan di sisinya, dia lena dalam linangan air mata.


Thursday, October 25, 2012

~ "MEANINGFULL" WEEKEND'S ENTRY :) ~

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah masih dipinjamkan Allah nyawa ini utk terus bernafas dan diberikan kesihatan serta tubuh badan yang baik...Based on title "meaningful" weekend's entry for sure everyone boleh agak ada kenangan yang tersimpul sepanjang weekend yang lepas...Kenangan yang sebelumnya ina bayangkan hanyalah angan2,yang singgah dihati tetapi diberi kesempatan oleh Allah untuk merasainya sendiri...

Program "Mahabbah Fil Islam" yang dianjurkan oleh SOPHYS memberi banyak pengisian yang menarik...Alhamdulillah berkesempatan mengikuti 2 program yang dianjurkan iaitu konsert devotees dan program bedah buku bersama Hilal Asyraf & Ustazah Fatimah Syarha..."Fiesta Nostalgia" juga berlangsung dalam minggu yang sama..

KONSERT DEVOTEES

Konsert devotees berlangsung pada 19/10/12 di DK 500 UiTM Puncak Alam. Disebabkan kawan kelas yang jadi AJK untuk konsert devotees ni, so dapat la seat depan,belakang VIP. Dah la depan,tengah plak tu.. Actually ina pun xkenal sangat kumpulan ni, lagu yang biasa dengar pun lagu "mahar cinta" sampai la 1 hari sorang akak post video kumpulan Devotees nyanyi lagu "anak kampung"...

:: ni la videonya ::

Tengok ahli kumpulan ni sangat sempoi, terus minat..ngeee~bersih je muka abg2 devotees ni.. :)
Pastu ada la cari video2 kumpulan ni kat youtube,menarik jugak...Then dapat tahu devotees nak datang,ok happy la kan~dapat gak kesempatan tgk kumpulan ni perform live.. ^_^

 :: tema diaorang malam tu merah hitam.. :) ::

:: abang abd halim...:) ::

:: sibuk abg2 ni sign poster..dapat jugak autograph diaorang..ngeee ::

:: senyum lebar dapat tanda tangan abg2 devotees..ngeee~ :D ::

Honestly mmg enjoy performance devotees malam tu.. :)
Banyak jugak lagu yang diorang sampaikan,n boleh tahan lawak gak la abg2 devotees ni dok bergurau senda atas pentas tu..
PROGRAM BEDAH BUKU

Program ni pulak diadakan pada hari sabtu (20/10/1012) di DK9.Agak teruja dengan program ni sebab penceramah jemputannya adalah HILAL ASYRAF & USTAZAH FATIMAH SYARHA.. Disebabkan dah lama simpan impian nak jumpa dengan ustazah, ina pun daftar la jadi ajk.Hilal asyraf ni ina kenal through fb, tgk ramai like status2 dia,so tau gitu2 je la..Ustazah Fatimah Syarha ina kenal lepas sorang kawan ina kenalkan ina dengan penulisannya dalam buku "pemilik cintaku setelah Allah & Rasulullah"..

:: Hilal Asyraf berkongsi cerita ::

Hilal Asyraf mengupas serba sedikit penulisannya dalam buku "Sebelum Aku Bernikah".
Hilal menceritakan mengalaman dirinya sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga,alhamdulillah banyak yang dapat dikongsikan bersama.Kalau nak tahu lebih lanjut baca la buku hasil penulisan Hilal Asyraf,insyaAllah banyak manfaat yang boleh diikuti. Tahniah juga kepada Hial Asyraf kerana bakal menjadi bapa,insyaAllah.. :)

:: lepas amek autograf,tangkap gambar plak.. :) ::
:: dapat rakam sikit je~huhu (ammar curik2 tangkap gambar ni) ^_^ ::

Hilal Asyraf bagi talk sampai 10.30 pagi then sambung dengan Ustazah Fatimah Syarha.

Waktu Ustazah ulas tentang bukunya "Cinta High Class" ina tak dapat dengar sepenuhnya sebab kena jaga booth buku2 ustazah..tapi berpeluang mencari sedikit ruang untuk bersama rakan2 lain dalam DK tu,alhamdulillah.. :)

:: ustazah meluangkan sedikit masa untuk autograf sementara tunggu dr farhan datang ::

:: lastly dapat best moment ni..:) ::

Dapat  berbual dengan ustazah, tgk cara ustazah layan karenah anak2 dia. Ustazah bagi petua, katanya dalam umur anaknya sekarang, mereka sukar dengar arahan jadi kita kena bagi arahan berlawanan.Jika disuruh makan mereka akan menolak tapi jika kita beri arahan yang kita tak nak suap mereka makan,mereka sendiri akan datang & dapatkan makanan.. :)..unikkan cara ustazah didik anak2nya..Ustazah juga sangat sabar melayan karenah anak-anaknya, bibir tidak lekang memuji nama Allah tika menemani anak-anaknya..

semoga berkesempatan bertemu dengan insan2 ini lagi, terima kasih atas segala nikmatNya..:) <3

FIESTA NOSTALGIA 

Alhamdulillah batch ina dinobatkan sebagai JUARA untuk Fiesta Nostalgia kali ke2 ini..Part 3 mmg ohsem la.. :)..meriah jugak la sambutan kali ni,ina jadi pemerhati tegar je..hehe.. 

:: bergambar sebelum perbarisan bermula..>,< ::

sampai di sini sahaja apa yang berlaku minggu lepas yang dapat ina kongsikan..

Ina nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Semoga kita semua dapat melakukan "PENGORBANAN" yang besar di jalan Allah, wallahualam.. :)

:: selamat melaksanakan ibadah korban.. :) ::

:: jangan lupa takbir raya ^_^ ::

Hayatilah sejarah dalam pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail...
wassalam..:)


Friday, October 5, 2012

~ HIKMAH DISEBALIK HUKUM HUDUD KEPADA PENZINA~

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Actually tajuk entry kali ni pasal hukum hudud kepada penzina sebab ustaz ada cerita sikit dalam kelas tadi.
Sebelum ni pernah diberitahu oleh seorang sahabat,tapi tak tahu secara detail,so jom kita explore apa hikmah disebalik hukum yang dah Allah tentukan untuk pelaku...

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah an-nur 24 : 2)

Sesungguhnya setiap yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya,tiada yang sia-sia...

Hukuman untuk pesalah zina:
- belum berkahwin : 100 kali sebatan
- sudah berkahwin : rejam sampai mati

DARI SUDUT SAINTIFIK

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodI T4 Limfosit yang masih kuat dan masih bertenaga. Jika seseorang itu menghidapi HIV selepas penzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagiaan belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Sekiranya pelaku tersebut sudah berkahwin dan menghidapi HIV, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih2 bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit disamping memberikan pengajaran kepada orang lain supaya takut untuk melakukan kesalahan yang sama.


Mengapakah terdapat perbezaan dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan status manusia yang berbeza?

Sepintas lalu ulama' menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabit bersalah, hukuman rotan sebanyak 100 kali adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukan zina  ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina yang belum berkahwin adalah kerana mereka belum pernah merasakan nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga terjerumus melakukan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan keatas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka ini akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini- Dr. Jamnul Azhar


Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).

Saturday, September 22, 2012

~ RE 'UMMAH' FICATION ~

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama muslimin dan muslimat yang lain menghadiri majlis ilmu bertajuk " RE 'UMMAH' FICATION " di DK500, UiTM Puncak Alam..

Program yang dianjurkan oleh PERSATUAN RAKAN MASJID untuk menyemat rasa cinta dan kasih terhadap Rasulullah S.A.W. terutama sekali setelah pembikinan filem yang menghina baginda disebarkan. Filem yang menabur fitnah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan menghina agama Islam yang dihasilkan oleh yahudi ini sangat menguji kesabaran umat Islam. Siapalah yang sanggup mendiamkan diri tatkala kekasih Allah itu dihina.Semoga Rasulullah akan sentiasa segar dalam ingatan kita..:)


Program yang berlangsung lebih kurang selama 3 jam ini sangat mengusik hati dan sanubari..
Kami disajikan dengan slot2 yang menarik seperti berikut :
- Poem Recital
- Multimedia Presentation
- A Letter To My Beloved Prophet
- Reflection
- Selawat Recital

SAJAK yang disampaikan mampu membuat butir kaca ini bergenang membasahi mata. Bait2 kata yang menusuk membuat mata dan hati tersedar dari lamunan yang aku semakin jauh dari Rasulullah.Kadang kala leka dan alpa dalam mengingati baginda.

TAYANGAN VIDEO yang menyentuh hati menyebabkan air mata itu deras mengalir. Rasulullah amat menyayangi UMATNYA. Terlalu kasih hingga akhir hayatnya. Sebelum baginda wafat, umatnya masih meniti dibibir Rasulullah.

WARKAH BUAT BAGINDA memberi peluang untuk kami meluahkan isi hati kami buat baginda. Terlalu banyak yang ingin diluahkan kepada Rasulullah.Terlalu rindukan Baginda. Walaupun kami dihidupkan sesudah nabi wafat, itu tidak menghalang rasa kasih dan cinta kami terhadap baginda. Semoga kita semoga mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W. di akhirat kelak. Percayalah kita akan bertemu dengan Rasulullah kelak di padang Mahsyar..insyaAllah..

SELAWAT keatas nabi yang dilafazkan bersama2 sangat indah alunannya.Semoga istiqamah dalam berselawat. Pengorbanan Baginda sangat besar dalam menyebarkan Islam. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam.

Semoga kita berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan dalam menyebarkan agama Allah.
Semoga hati kita terus dibajai dengan rasa cinta terhadap Allah dan Rasulullah..

:: REFLECTION ::
                                    
:: uhibbuki fillah.. :) ::

wallahualam..wassalam...^_^

Thursday, September 13, 2012

~PELIHARALAH DIRINYA~

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah...
Hari demi hari didatangi dengan pelbagai ujian yang menguji ketabahan diri insan bergelar wanita...
Tampak lemah tapi cukup la sekadar yang lain mengerti bahawa kami tetap cuba melangkah..
Walau hari kami dibanjiri tangisan, hari kami penuh kedukaan, kami cuba sedayanya untuk tetap tersenyum..
Menutupi luka yang sekian lama berbekas, menyembunyikan calar yang semakin dihiris dek cubaan yang berterusan..

Tatkala air mata itu tak mampu ditahan lagi, mengenangkan sayup-sayup tangisan kedengaran,
lukanya hati itu berhadapan dengan hidup yang penuh dengan ranjau keperitan,
hati ini turut dirundum pilu,turut merasa peritnya ujian yang datang tanpa lelah menguji hati yang kian lemah.
Tika kesabaran makin diuji,
kesetiaanmu masih kukuh, kepatuhanmu masih teguh.
Kau sangat tabah walau kau bergelar wanita.
Kau tetap melangkah walau dilawan arus duniawi,
walau ditindas hingga tidak mampu lagi untuk berdiri.

Hakikatnya wanita itu sangat rapuh hatinya, sangat halus jiwanya,
sangat mudah terasa dengan kata-kata yang menusuk sanubari.

wahai kaum ADAM,
jagalah hati itu bukan sakitinya,
peliharalah kesetiaan itu bukan khianatinya,
hargailah pengorbanan itu bukan sia-siakannya,
bimbinglah wanita itu bukan sesatkannya.

Kau diamanahkan untuk memikul tanggungjawab itu,
Penuhi dadamu dengan ilmu yang mampu memimpin zaujah mu menuju jannahNya.
Jangan dibiarkan iman itu pudar dek nafsu yang mendahului akal,
dek duniawi yang mendahului ukhrawi.

Jangan kau uji dirinya lagi hingga nafasnya terhenti,
Jangan tambah luka dan deritanya tika hatinya masih teguh memegang janji,
Andai dia melangkah pergi, sukar untuk dia kembali,
Andai dia mati hati, rumit untuk diubati.

Tegurlah dirinya andai dia tersalah langkah,
Nasihatilah dirinya andai dia terlanjur kata,
Pimpinlah dirinya andai dia khilaf.

p/s:
Bagi yang belum berkahwin,belajarlah untuk membimbing bakal isterimu suatu hari nanti menuju syurga Allah,didiknya dengan agama, bukan harta atau sebagainya. Bagi yang sudah beristeri, perbaiki hubunganmu dengan zaujah mu bukan menuding jari keatasnya, sedarlah bahawa isteri itu adalah tanggungjawabmu. Dia perlu dibimbing. WALLAHUALAM~

  #fact!

jangan biarkan air mata itu terus mengalir

bimbinglah isterimu mengikut acuan yang betul.

wassalam...

Friday, August 31, 2012

~ UNIVERSITI...IM COMING ~

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Setelah di tinjau wall FACEBOOK yang penuh dengan entry kawan2 dan adik2 yang nervous (dupdapdupdap) nak mendaftar esok atau lusa atau tulat, terdetik untuk update blog..

Minggu lepas aku berkesempatan untuk beraya dengan kawan2 sekolah menengah...
Alhamdulillah berkongsi kegembiraan mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya..
Masing2 menanyakan kursus dan universiti yang bakal menjadi tempat baru untuk mereka menapak selepas ini....
Tarikh untuk mendaftar dan melangkah ke alam universiti juga semakin hampir..

For sure bermacam2 la status di wall FB masing2 dan group2 yang ditubuhkan..Antara status yang dapat di copy & paste adalah :

"semakin sedih nak tinggalkan rumah...:("
"Wei dah nak masuk Uni weiiiii !! Good luck okay. Belajar rajin rajin."
"rye dh lps kome.kini sibuk packing brg plk.slmt msk ke alam baru ♥"
"Packing"

Haaaaa....so bermacam2 la perasaan yang bercampur baur dan bergabung...
ada yang HAPPY, ada yang SEDIH, ada yang EXCITED, ada jugak yang
"TIDUR XLENA,MAKAN XKENYANG & MANDI XBASAH" :)
tettttt..dah jadi kes lain plak kan.. ;)

Alkisahnya,bermacam2 anggapan dan bayangan lah yang muncul..
-senior garang x masa orientasi nanti? (sambil berharap jangan la kena buli nanti..;) )
-ada kawan x bila masuk u tu nanti?
-macam mana nak survive dengan environment u?
-ape cabaran bila dah masuk u erk?
-ada tips x utk adapt dengan life kat u nanti?

xpe2..rilex..tarik nafas dalam2..senyummm ^_^
normal jika anda ada perasaan2 begini...
biasa la kan,perasaan nervous utk berada ditempat baru,environment lain dari sekolah dan matrik..
dugaan juga semakin besar dan mencabar..

BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

renungan buat PARA PENUNTUT ILMU.. BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH..(:

| Berhenti menjadi "penonton" kejayaan. Belajarlah menjadi "pelakon" kejayaan. Kita adalah hero di atas pentas dunia bagi diri, keluarga, dan ummah. Sifat "penonton" ialah melihat orang lain berjaya, bercerita, menganalisis kejayaan orang lain dan orang lain. Sifat "pelakon" ialah menjayakan sebuah kejayaan, berjuang untuk kejayaan dan membina kejayaan. Moga kita berjaya dunia dan akhirat :) |

#copypaste from fb seorang kakak.. :)

So apa yang Allah takdirkan untuk kita semuanya bersebab.. :)

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah Al-Baqarah : 216)

Terimbau balik saat aku mula menjejakkan kaki di UiTM Puncak Alam dulu..
Mula2 terumbang ambing sebab xada sahabat yang betul2 aku kenali..
Aku hanya rapat dengan housemate,tetapi kami semua berlainan course..
Aku tetap bersyukur kerana setidaknya aku masih ada mereka.. :)

Apa yang berlaku saat orientasi,aku xda partner.. :(
sedehnye waktu tu,kejap kenal dengan orang ni,kejap kenal dengan orang tu..
Aku tak dapat bersama dengan housemate kerana sewaktu orientasi kami dipecahkan mengikut fakulti..
Aku keseorangan kerana fakulti aku berlainan dengan housemate yang lain..
Hati sangat teruji saat itu kerana aku terasa sangat asing..

TETAPI....

Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan oleh Allah merasai kepayahan itu..
Kini aku mampu berjalan beriringan dengan rakan2 dan masih mesra dengan housemate sewaktu dikolej dahulu.. :)
InsyaAllah minggu depan akan kembali ke Puncak Alam untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang..
Bakal bergelar pelajar TAHUN 2.. :)

*tak kisah lah dalam bidang ape yang bakal kita ceburi dan u mana yang kita dapat,semua itu atas kehendakNya dan ape yang ditulis untuk kita ada hikmahnya.. :)

SELAMAT MENDAFTAR KEDAPA SEMUA RAKAN2 DAN ADIK2,
SELAMAT BERGELAR MAHASISWA DAN MAHASISWI..
SEMOGA KEJAYAAN DUNIA KALIAN KECAPI DAN KEJAYAAN AKHIRAT MENGIRINGI..:)
SELAMAT MAJU JAYA...

wassalam..

Sunday, August 12, 2012

~ KENANGAN ITU MASIH SEGAR DALAM INGATAN ~

ASSALAMUALAIKUM...

malam ni mood nak update blog sebab terjumpa 1 kotak yang simpan semua kenangan lama...
semua ada..kad raya, keychain, hadiah, surat and etc~


:: macam2 ada..semua tu kenangan buat saya :) ::

gara2 kemas rak yang dah xtersusun so jumpa la kotak ni..:)
terkenang la kenangan2 lama..huhu..
lagi2 kenangan waktu sekolah..rindu sangat saat tu..:')

sebagai muqaddimah, ina nak share gambar2 kenangan ina dengan kawan2..

:: ni gambar yang ina sendiri edit sebelum ni gara2 rindu.. :) ::

:: sempat snap time beraya kat umah cikgu zaharah.. ::

:: bergambar dengan cikgu zaharah waktu hari guru.. ::

:: dengan ustazah paling sporting.. ::

:: gambar dalam bilik kaunseling sebelum sketsa hari guru bermula..::

:: time raya lagi.. :) ::

:: snap sebelum start jamuan pengawas ::

:: tangga pun jadi~ ::

:: snap ngn mama n teacher yan plak..;) ::

:: bila semua dak laki turun padang utk reunion~ ::

:: bila budak laki jumpa kamera ::

:: cikgu razak dengan ansar...cikgu ni dah macam ayah kitaorg,, :) ::

:: macam2 ada...jom reunion ag..;) ::

:: our big family..rindu~ ::

ni la kawan2 ina time sekolah..
gambar atei (kakak-bahasa tagalog) wani xbanyak dalam ni sebab atei wani pindah sekolas pas PMR..
walaupun masing2 dah bawak haluan sendiri,kami masih berjumpa n kalau ada kesempatan,kitaorang konvoi raya sama2..
alhamdulillah masih simpan semua gambar kenangan ni walaupun banyak yang dah xda.. :(

:: kolej matrikulasi perak di hatiku..huhu ::

:: ina & roomate...adik rindu kakak, kak ngah & ucu :( ::

:: ina n kak ngah..:) ::

:: detik2 akhir sebelum berpisah..almari dh kosong.. :( ::

:: keluarga 88 syg + rindu kmpk ::

:: time ni tgh sakit mata..still tangkap gambar.. ;) ::

:: sempat!..hehe ::

:: jejaka2 dalam family 88 ::

:: jalan2 keliling kmpk ::

:: angah yang slalu defend achik time kat matrik dulu..rindu sgt.. :( ::

:: jamuan terakhir~ ::

:: lepas makan snap lagi.. :) ::

:: kami.. :) ::

:: h6t35 masih segar dalam ingatan..::

second section kawan2 kolej matrikulasi perak lak..
pengalaman belajar kat sana sangat OHSEM!
pemandangan kat sana SUBHANALLAH cantiknye~
rindu sgt2 :)

ok la..berbalik kepada kotak yang tersimpan kenangan tadi..
jom geledah ape ada dalam tu~

:: kad raya + surat from atei wani ::


:: from jag.. "pinky gurl" gelaran kat sek dlu..^^ ::

:: from yun..sopan je laki tu..haha ::

:: dr atei ijan lak..yang bawah tu special sbb dihasilkan oleh oku ::

:: dari za n nad :) ::

:: satu2 nye kenangan yang tinggal.. :( ::

:: from fqa..kad ari raya n ari jadi :) ::

:: full collection ::

:: bersama gambar n diary zaman dolu2..;) ::

:: hobi zaman sekolah..kumpul sticker..hantu pooh..^^ ::

:: hadiah kawan2 kat matrik..yang CINTA tu dari roomate ye..jangan salah sangka.. :) ::

:: collection keychain dr lawatan sekolah + family ::

:: rindu semua kenangan itu.. :) <3 ::

last2 banyak upload gambar je kan..huhu
yang penting, ina sangat rindukan diaorang semua..
kawan2 yang sentiasa ada dengan ina saat suka + duka..
even diaorang xda depan mata,kenangan ni cukup utk mengingatkan ina dengan diaorang..

kawan2 zaman sekolah dlu masing2 dah bawak haluan sendiri..
menyambung pelajaran dalam bidang masing2..
hope raya nnt ada kesempatan nak jumpa..^^

roomate time matrik plak dpt u lain2..
sorg kat upm..tapi 2 org jdoh kuat lagi kat pahang sama2..
rindu kenangan dok menggila kat bilik~

classmate kat matrik pun masing2 dah ada life sendiri di uni masing2..
rindu sgt2 dengan diaorang..rindu nak keliling kmpk sampai sakit kaki..;)
g merayau atas bukit time study week..
dok bergambar sampai tak ingat dunia n selagi boleh,mesti nak buat jamuan..hehe

semoga ukhuwwah yang terjalin berkekalan until jannah..dan dirahmati Allah..
uhibbuki/a fillah..
yang merindui,
noor marinah sahri. :)

wassalam..