Saturday, September 22, 2012

~ RE 'UMMAH' FICATION ~

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama muslimin dan muslimat yang lain menghadiri majlis ilmu bertajuk " RE 'UMMAH' FICATION " di DK500, UiTM Puncak Alam..

Program yang dianjurkan oleh PERSATUAN RAKAN MASJID untuk menyemat rasa cinta dan kasih terhadap Rasulullah S.A.W. terutama sekali setelah pembikinan filem yang menghina baginda disebarkan. Filem yang menabur fitnah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan menghina agama Islam yang dihasilkan oleh yahudi ini sangat menguji kesabaran umat Islam. Siapalah yang sanggup mendiamkan diri tatkala kekasih Allah itu dihina.Semoga Rasulullah akan sentiasa segar dalam ingatan kita..:)


Program yang berlangsung lebih kurang selama 3 jam ini sangat mengusik hati dan sanubari..
Kami disajikan dengan slot2 yang menarik seperti berikut :
- Poem Recital
- Multimedia Presentation
- A Letter To My Beloved Prophet
- Reflection
- Selawat Recital

SAJAK yang disampaikan mampu membuat butir kaca ini bergenang membasahi mata. Bait2 kata yang menusuk membuat mata dan hati tersedar dari lamunan yang aku semakin jauh dari Rasulullah.Kadang kala leka dan alpa dalam mengingati baginda.

TAYANGAN VIDEO yang menyentuh hati menyebabkan air mata itu deras mengalir. Rasulullah amat menyayangi UMATNYA. Terlalu kasih hingga akhir hayatnya. Sebelum baginda wafat, umatnya masih meniti dibibir Rasulullah.

WARKAH BUAT BAGINDA memberi peluang untuk kami meluahkan isi hati kami buat baginda. Terlalu banyak yang ingin diluahkan kepada Rasulullah.Terlalu rindukan Baginda. Walaupun kami dihidupkan sesudah nabi wafat, itu tidak menghalang rasa kasih dan cinta kami terhadap baginda. Semoga kita semoga mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W. di akhirat kelak. Percayalah kita akan bertemu dengan Rasulullah kelak di padang Mahsyar..insyaAllah..

SELAWAT keatas nabi yang dilafazkan bersama2 sangat indah alunannya.Semoga istiqamah dalam berselawat. Pengorbanan Baginda sangat besar dalam menyebarkan Islam. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam.

Semoga kita berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan dalam menyebarkan agama Allah.
Semoga hati kita terus dibajai dengan rasa cinta terhadap Allah dan Rasulullah..

:: REFLECTION ::
                                    
:: uhibbuki fillah.. :) ::

wallahualam..wassalam...^_^

Thursday, September 13, 2012

~PELIHARALAH DIRINYA~

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah...
Hari demi hari didatangi dengan pelbagai ujian yang menguji ketabahan diri insan bergelar wanita...
Tampak lemah tapi cukup la sekadar yang lain mengerti bahawa kami tetap cuba melangkah..
Walau hari kami dibanjiri tangisan, hari kami penuh kedukaan, kami cuba sedayanya untuk tetap tersenyum..
Menutupi luka yang sekian lama berbekas, menyembunyikan calar yang semakin dihiris dek cubaan yang berterusan..

Tatkala air mata itu tak mampu ditahan lagi, mengenangkan sayup-sayup tangisan kedengaran,
lukanya hati itu berhadapan dengan hidup yang penuh dengan ranjau keperitan,
hati ini turut dirundum pilu,turut merasa peritnya ujian yang datang tanpa lelah menguji hati yang kian lemah.
Tika kesabaran makin diuji,
kesetiaanmu masih kukuh, kepatuhanmu masih teguh.
Kau sangat tabah walau kau bergelar wanita.
Kau tetap melangkah walau dilawan arus duniawi,
walau ditindas hingga tidak mampu lagi untuk berdiri.

Hakikatnya wanita itu sangat rapuh hatinya, sangat halus jiwanya,
sangat mudah terasa dengan kata-kata yang menusuk sanubari.

wahai kaum ADAM,
jagalah hati itu bukan sakitinya,
peliharalah kesetiaan itu bukan khianatinya,
hargailah pengorbanan itu bukan sia-siakannya,
bimbinglah wanita itu bukan sesatkannya.

Kau diamanahkan untuk memikul tanggungjawab itu,
Penuhi dadamu dengan ilmu yang mampu memimpin zaujah mu menuju jannahNya.
Jangan dibiarkan iman itu pudar dek nafsu yang mendahului akal,
dek duniawi yang mendahului ukhrawi.

Jangan kau uji dirinya lagi hingga nafasnya terhenti,
Jangan tambah luka dan deritanya tika hatinya masih teguh memegang janji,
Andai dia melangkah pergi, sukar untuk dia kembali,
Andai dia mati hati, rumit untuk diubati.

Tegurlah dirinya andai dia tersalah langkah,
Nasihatilah dirinya andai dia terlanjur kata,
Pimpinlah dirinya andai dia khilaf.

p/s:
Bagi yang belum berkahwin,belajarlah untuk membimbing bakal isterimu suatu hari nanti menuju syurga Allah,didiknya dengan agama, bukan harta atau sebagainya. Bagi yang sudah beristeri, perbaiki hubunganmu dengan zaujah mu bukan menuding jari keatasnya, sedarlah bahawa isteri itu adalah tanggungjawabmu. Dia perlu dibimbing. WALLAHUALAM~

  #fact!

jangan biarkan air mata itu terus mengalir

bimbinglah isterimu mengikut acuan yang betul.

wassalam...