Wednesday, December 28, 2011

~JANGAN TANGISI SEBUAH PERPISAHAN~

aSSAlaMuALaIAKuM...

entry ni bukan jiwang....
tapi nak muhasabah diri balik...

kita selalu sedih, kesal, kecewa bila berpisah dengan orang yang kita sayang,
tak semestinye kekasih,boleh jadi kawan, abang, kakak, & yang sama waktu dengannya..

bila perpisahan tu berlaku,kita lebih memilih untuk layan perasaan,waktu tu kita alpa,
sepatutnya kita bersyukur, dengan adanya perpisahan,kita akan lebih hargai sebuah pertemuan..
walau dengan siapa pun kita kenal, 
dalam jangka masa panjang atau pendek,
hargai lah insan yang hadir dalam hidup kita.

apabila perpisahan datang bertandang, 
kita lebih banyak mempersoalkan ketentuan Allah,
kita lupa untuk mencari hikmah disebalik perpisahan itu..

sedih,sayu bila teringat sebuah kenangan,
kenangan yang memotivasikan diri,
kenangan yang kadang kala membuat bibir ini tersenyum,
kenangan yang kadang kala membuat mata ini berair,  
tapi itu semua kenangan.

MUDAH DI KENANGAN,MUSTAHIL UNTUK BERULANG...

kalau kenangan itu berulang,ia takkan sama,
mungkin kerana ada parut luka di hati tanpa kita sedari,
kaca yang retak takkan mampu kembali kepada bentuk asal, 
rekahan yang terbentuk juga takkan hilang..

tapi percaya pada takdir,
semua PASTI ADA HIKMAHNYA..
ALLAH MAHA KUASA..

Dia sentiasa ada untuk kita,
sedih atau gembira, 
kecewa atau bahagia,
Dia yang kekal lagi abadi..

ya Allah, 
redhakan lah hati ku dengan setiap perpisahan,
peliharalah ukhwah yang terjalin sesama insan,
damaikan lah hati ku dengan ujian,

andai ada kekhilafan sepanjang perkenalan,
aku insan biasa,tak terlepas dari melakukan kesilapan,
maaf sepanjang perkenalan,
terima kasih kerana menjadi sebuah kenagan,
kenangan yang TAKKAN aku lupakan,insyaAllah..

:: uhibbuki/a fillah.. <3 ::

Saturday, December 3, 2011

~HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY BROTHER~

AssaLaMUaLaIKUm...

entry pagi ni aku buat khas untuk adik aku yang tersayang...
MUHAMMAD RIDWAN BIN SAHRI
" HAPPY BIRTHDAY ADIK,SWEET 14"

:: ni la adik ina..^_^ ::

sebenarnye tak tau pun nak tulis ape,saje nak update sal adik..>,<

to my brother:
~ adik dah besar sekarang...tak mau nakal2..
~ jaga mak dengan ayah kat umah...^_^
~ blaja rajin2,adik kak lang pandai...taun depan PMR dapatkan 8A (make our parents proud of u)
~ semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
~semoga dipermudahkan segala urusa dunia dan akhirat..
~ semoga memperolehi ape yang adik impikan..

:: HAPPY BIRTHDAY ::

adik nak adiah ape??hehe....

kak lang takde kat umah,nak belikan kek pun tak leh..
huhu..so bg kek dalam ni je erk..ngee~~~

:: kek secret recipe..huhu..::

adik belajar rajin2,capai cita- cita adik..kalau adik kuat usaha,ape yang adik nak,semua boleh dapat..
nanti dah keje,tolong mak ayah..ingat jasa diaorang kat kita semua..^_^
kalau ada pape,adik ley bagitau kak lang,kakak n abg,kita orang sentiasa ada untuk adik..
KITAORANG SEMUA SAYANG ADIK SANGAT2.. <3

:: kak lang sayang adik..^_^ ::

I LOVE MY FAMILY >,<

:: sweet~~ ::

k la..take care...
rindu nak balik umah..
nak kumpul ramai2...T__T

da,salam...=)


Friday, December 2, 2011

~PHARMACY PRACTICE~

aSsALaMUAlaikUm...

siang tadi baru je lepas test pharmacy practice...
bagi aku subject ni quite tough..

nama subject pun PHARMACY PRACTICE,
so dok dalam lab,practically buat ubat n handle smua apparatus sendiri,
sebelum ni dalam lab mesti berpasangan,tp sekarang smua kena buat sendiri..huhu
kalau ubat tak jadi pun tanggung sendiri la..=,="

tadi test,dah la poison,overdose lak tu..haishh...
tak tau la dapat bape markah,carry mark subject sebelum ni pun low je..
redha je la..
hope lepas ni dapat improve...

tadi main campur je ingredient2nye..huhu..
tadi dapat prescription syrup n emulsion..blank mula2 baca prescription tu..
hope betul la ape yang aku buat tadi..amin..

last week buat capsule,ointment n emulsion..
agak mencabar n menarik..^__^

 :: hasil experimant minggu lepas..huhu..;) ::

:: capsule..take after meal..huhu..kononnye::

:: dah siap!huhu,letak dalam bekas;) ::

:: ointment..apply to affected area k.huhu..::

::berpeluh nak menyiapkan emulsion ni tau..fuhh::

gambar ubat2 sebelum ni takde cz tak sempat nak tangkap..huhu

k la,dah lewat,esok ada kelas...
good night..maaf kalau ada salah silap..
da,salam..=)



Sunday, October 30, 2011

~UNTUK ADAM DAN HAWA~

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam


Monday, August 1, 2011

~DOA SEORANG PENCARI CINTA~

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih & terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki & rindu abadi hanya kepadaMu..

>>> suka dengar doa ni...semoga dipertemukan cinta yang diredhai bila tiba masanya nanti..insyaAllah..




*jangan pernah jemu untuk berdoa dan yakinlah dengan ketentuan Ilahi*


 * comel si kecil ni berdoa(^_^) *