Thursday, September 13, 2012

~PELIHARALAH DIRINYA~

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan berpijak di bumi Allah...
Hari demi hari didatangi dengan pelbagai ujian yang menguji ketabahan diri insan bergelar wanita...
Tampak lemah tapi cukup la sekadar yang lain mengerti bahawa kami tetap cuba melangkah..
Walau hari kami dibanjiri tangisan, hari kami penuh kedukaan, kami cuba sedayanya untuk tetap tersenyum..
Menutupi luka yang sekian lama berbekas, menyembunyikan calar yang semakin dihiris dek cubaan yang berterusan..

Tatkala air mata itu tak mampu ditahan lagi, mengenangkan sayup-sayup tangisan kedengaran,
lukanya hati itu berhadapan dengan hidup yang penuh dengan ranjau keperitan,
hati ini turut dirundum pilu,turut merasa peritnya ujian yang datang tanpa lelah menguji hati yang kian lemah.
Tika kesabaran makin diuji,
kesetiaanmu masih kukuh, kepatuhanmu masih teguh.
Kau sangat tabah walau kau bergelar wanita.
Kau tetap melangkah walau dilawan arus duniawi,
walau ditindas hingga tidak mampu lagi untuk berdiri.

Hakikatnya wanita itu sangat rapuh hatinya, sangat halus jiwanya,
sangat mudah terasa dengan kata-kata yang menusuk sanubari.

wahai kaum ADAM,
jagalah hati itu bukan sakitinya,
peliharalah kesetiaan itu bukan khianatinya,
hargailah pengorbanan itu bukan sia-siakannya,
bimbinglah wanita itu bukan sesatkannya.

Kau diamanahkan untuk memikul tanggungjawab itu,
Penuhi dadamu dengan ilmu yang mampu memimpin zaujah mu menuju jannahNya.
Jangan dibiarkan iman itu pudar dek nafsu yang mendahului akal,
dek duniawi yang mendahului ukhrawi.

Jangan kau uji dirinya lagi hingga nafasnya terhenti,
Jangan tambah luka dan deritanya tika hatinya masih teguh memegang janji,
Andai dia melangkah pergi, sukar untuk dia kembali,
Andai dia mati hati, rumit untuk diubati.

Tegurlah dirinya andai dia tersalah langkah,
Nasihatilah dirinya andai dia terlanjur kata,
Pimpinlah dirinya andai dia khilaf.

p/s:
Bagi yang belum berkahwin,belajarlah untuk membimbing bakal isterimu suatu hari nanti menuju syurga Allah,didiknya dengan agama, bukan harta atau sebagainya. Bagi yang sudah beristeri, perbaiki hubunganmu dengan zaujah mu bukan menuding jari keatasnya, sedarlah bahawa isteri itu adalah tanggungjawabmu. Dia perlu dibimbing. WALLAHUALAM~

  #fact!

jangan biarkan air mata itu terus mengalir

bimbinglah isterimu mengikut acuan yang betul.

wassalam...