Sunday, March 10, 2013

~ SINERGI: KEIMANAN ADALAH PAKSI ~

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan oleh Yang Maha Penyayang..

Tujuan entry kali ni adalah untuk berkongsi ibrah yang diperolehi dari sebuah novel tarbiah karangan Hilal Asyraf berjudul Sinergi.

Sinopsis :

Ukhuwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi, menyebarkan "aura" harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.

Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk "menawan". Tetapi siapa yang menawan siapa?

Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah.... Secret.


Selesai membaca novel yang padat dengan pengajaran dan ter'inspirasi' dengan tingginya tahap keimanan dalam sebuah persahabatan.

Satu tambah satu menjadi tiga
Bukan dua jawapannya
Kerana dua individu yang bergabung atas keimanan mereka
Akan melahirkan sesuatu yang luar biasa
Hingga dapat mengubah dunia
Itulah SINERGI kita
Sinergi manusia yang beriman kepada-Nya.

Dari pembacaan juga kita mampu mentarbiyah hati dengan karangan yang penuh dengan mutiara kata yang tidak ternilai harganya. Sesekali hati tertanya "mampukah aku mencapai tahap keimanan yang diterapkan dalam novel ini?" Semoga Allah mengizinkan.

Nilai persahabatan yang sangat tinggi nilainya diuji dengan permainan hati dan fitnah yang mengoncang keutuhan ukhuwah mampu diatasi kerana paksi yang satu iaitu IMAN. Mereka bersahabat berlandaskan keimanan yang tiada tolok bandingnya hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Ilahi. Subhanallah.

"Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga." Asid menyebut sambil matanya tidak lepas memandang Irfan.

"Macam mana sampai sanggup begitu?" Wafiq tidak faham.

"IMAN. Sebab kita bersahabat atas dasar keimanan. Jadi, apakah mereka yang ada keimanan, redha melihat sahabatnya menuju kehancuran?" Irfan berbicara.

Alangkah indahnya persahabatan yang berpaksikan keimanan. Sukar untuk dipupuk tetapi tidak mustahil untuk disemai. InsyaAllah..Biznillah..

Asid juga sanggup mengorbankan perasaannya terhadap Sara Nasuha kerana menyangka sahabat dunia akhiratnya akan mengahwini wanita yang berjaya mengambil hatinya itu.. Tetapi Allah Maha Kuasa dan mengatur kehidupan hambaNya lebih indah dari jangkaan hambaNya sendiri. Asid dan Irfan bersatu dengan insan yang mereka cintai.. :)

Novel yang banyak menerapkan nilai insan yang murni dan sentiasa sabar tika berhadapan dengan pelbagai ujian. Walaupun difitnah, diherdik dan cuba dicederakan oleh kumpulan Disaster Five, Irfan tetap dapat menerima mereka, tetap menjaga hubungan sesama manusia. Semuanya kerana IMAN.

Aku dengan kau
adalah tanggungjawab aku kepada Allah
Maka apa pun keburukan kau kepada aku
tetap tidak kuhiraukannya 
Kerana aku cinta padamu
Hanya kerana Dia.

Seorang demi seorang ahli Disaster Five akhirnya berjaya di tawan hatinya hanya kerana "ukhuwah berlandaskan keimanan". Hati mereka terasa diisi saat mendekatkan diri dengan ahli PERMAI yang lain. Mereka tidak rasa terasing dan dilayan seperti keluarga sendiri walaupun telah banyak melakukan kekacauan.Begitu juga dengan Secret yang menyimpan hasrat untuk membalas dendam atas kematian abang angkatnya Amir Hudzaifah. Tiada DENDAM, kerana utuhnya iman dalam perhubungan sesama insan.

Terlalu banyak input yang dapat kita perolehi daripada novel islamik ini.. :)

Jika ingin membaca lebih lanjut boleh 'melawat' web langitIlahi..

http://langitilahi.com/1771

wassalam...