Wednesday, December 28, 2011

~JANGAN TANGISI SEBUAH PERPISAHAN~

aSSAlaMuALaIAKuM...

entry ni bukan jiwang....
tapi nak muhasabah diri balik...

kita selalu sedih, kesal, kecewa bila berpisah dengan orang yang kita sayang,
tak semestinye kekasih,boleh jadi kawan, abang, kakak, & yang sama waktu dengannya..

bila perpisahan tu berlaku,kita lebih memilih untuk layan perasaan,waktu tu kita alpa,
sepatutnya kita bersyukur, dengan adanya perpisahan,kita akan lebih hargai sebuah pertemuan..
walau dengan siapa pun kita kenal, 
dalam jangka masa panjang atau pendek,
hargai lah insan yang hadir dalam hidup kita.

apabila perpisahan datang bertandang, 
kita lebih banyak mempersoalkan ketentuan Allah,
kita lupa untuk mencari hikmah disebalik perpisahan itu..

sedih,sayu bila teringat sebuah kenangan,
kenangan yang memotivasikan diri,
kenangan yang kadang kala membuat bibir ini tersenyum,
kenangan yang kadang kala membuat mata ini berair,  
tapi itu semua kenangan.

MUDAH DI KENANGAN,MUSTAHIL UNTUK BERULANG...

kalau kenangan itu berulang,ia takkan sama,
mungkin kerana ada parut luka di hati tanpa kita sedari,
kaca yang retak takkan mampu kembali kepada bentuk asal, 
rekahan yang terbentuk juga takkan hilang..

tapi percaya pada takdir,
semua PASTI ADA HIKMAHNYA..
ALLAH MAHA KUASA..

Dia sentiasa ada untuk kita,
sedih atau gembira, 
kecewa atau bahagia,
Dia yang kekal lagi abadi..

ya Allah, 
redhakan lah hati ku dengan setiap perpisahan,
peliharalah ukhwah yang terjalin sesama insan,
damaikan lah hati ku dengan ujian,

andai ada kekhilafan sepanjang perkenalan,
aku insan biasa,tak terlepas dari melakukan kesilapan,
maaf sepanjang perkenalan,
terima kasih kerana menjadi sebuah kenagan,
kenangan yang TAKKAN aku lupakan,insyaAllah..

:: uhibbuki/a fillah.. <3 ::