Humaira' meluangkan masanya di taman. Matanya terpana melihat seorang gadis ayu bertudung labuh. Redup pandangan matanya.
"Bagaimana agaknya kalau aku bertudung labuh?",bisik hatinya.
Humaira' hanya mampu memandangan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, dibiarkan gadis itu berlalu pergi. Dia memandang dirinya sendiri, ber't-shirt' muslimah dan berseluar trek bersama tudung bidang 45 yang dibiarkan lurus menutupi dada.
"...Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),..." [Surah An-Nur:31]
Ingatannya menerjah pada hadiah yang pernah diberikan oleh seseorang pada ulang tahun kelahirannya yang ke-20. Sehelai tudung labuh berwarna biru tua. Hadiah itu tidak pernah digunakan lagi. Dibiarkan tersimpan rapi di dalam kotak, hatinya masih belum bersedia untuk berhijrah mengenakan tudung yang istimewa itu.
"InsyaAllah satu hari nanti. PASTI!". Humaira' memberi semangat untuk dirinya.
Buku "Risalah Hati Raja Sehari" ditutup. Humaira' melangkah pulang saat cahaya mentari semakin pudar.
Seusai solat Isyak, Humaira' menggapai Al-Qur'annya. Dia membelek helaian mukjizat itu.
"Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati." [Surah At-Tagabun:4]
Hatinya tersenyum, Humaira' percaya Allah mengetahui niat baiknya, niat untuk menggapai redha Ilahi. Tak perlu diluah, tak perlu juga diceritakan kerana Allah mengetahui segala isi hati hambaNya. Kitab suci itu dikucup lalu diletakkan di atas rak.
Humaira' bangun dan melipat tikar sejadahnya. Dia memandang dirinya dalam cermin. Humaira' kaku.
Langkahnya dipanjangkan menuju almari yang menyimpan kotak hadiah yang disimpan hampir setahun. Kotak itu dibuka, isinya dikeluarkan perlahan-lahan. Sehelai tudung labuh.
"Akak tak tahu nak beri apa pada Humaira', akak harap Humaira' suka hadiah ni. Gunakanlah hadiah ni bila Humaira' dah bersedia nanti." Kak Atikah menghulurkan sebuah kotak kecil berwarna merah jambu sambil melemparkan senyuman.
"Wahhh... Mesti istimewa hadiah kak Atikah ni. Insya-Allah kak."Humaira' membalas tanpa banyak bertanya. Walhal hati kecilnya tidak berhenti meneka hadiah yang ada di dalam kotak kecil itu.
Lamunannya terhenti. Humaira' cuba memakai tudung labuh itu. Selesa. Humaira' tersenyum sendiri.
"Nak berubah tak susah dik, nak istiqamah yang susah. Mulakan langkah pertama, langkah lain akan menyusul", kata kak Atikah. Kak Atikah tidak pernah lokek berkongsi pengalaman. Setiap manusia pasti punya masa silamnya.
Keperibadian kak Atikah menjadi inspirasi buat Humaira'. Hatinya meronta untuk menjadi persis kak Atikah yang lembut tingkah lakunya, sopan tutur katanya. Insya-Allah pasti Allah akan memudahkan jalan untuknya.
Humaira' mencapai komputer ribanya.
28/8/2013
Aku melangkah keluar dari daerah kejahilan,
Aku berlari menuju ke daerah kebaikan.
Aku tinggalkan diriku yang dulu,
Aku mencari identiti baru.
Aku cuba kuat kerana Dia,
Aku cuba tersenyum kerana Dia,
Aku cuba bangkit kerana Dia.
Langkah ku kini ku hayunkan meraih redha Ilahi.
Mencari ketenangan yang hilang.
Semoga Allah redha.
Humaira' lena dalam dakapan impian untuk berubah menjadi lebih baik.
"Sejak bila kau bertudung labuh ni Humaira'?", sindir Maya. Dia terkejut melihat perubahan Humaira' saat dia melangkah masuk ke dalam kelas.
"Humaira', u look so nice with that hijab.", puji Tiara. Humaira' hanya mampu tersenyum.
Humaira' yakin tidak semua sahabatnya faham tentang penghijrahannya. Dia memohon keyakinan dari Yang Maha Esa. Humaira' tetap merasa bahagia kerana impiannya untuk mengubah penampilannya kini menjadi nyata.
~ Ku DaMbA rEdHa-MU ~
sebuah perjalanan dalam hidup memberi kekuatan dalam hati, sebuah kenangan dalam hati memberi sinar dalam sanubari, sebuah pengalaman dalam sanubari memberi jalan mendekati Yang Hakiki..
Sunday, September 1, 2013
Friday, April 5, 2013
~ APAKAH KUNCI SYURGA? ~
Assalamualaikum...
Hari ni nak berkongsi sedikit cerita yang pernah didengari dalam ceramah-ceramah sebelum ini dan dibukukan dalam sebuah buku karangan ustaz Amal.
JOM ikuti kisah ini.. :)
Seorang pemuda dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu dia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Dia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua paderi. Setelah ketua paderi datang, ketua paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya "Ada orang yang percaya kepada syariat Muhammad di dalam gereja ini."
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu dibunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi yang kehairanan dengan keyakinan pemuda itu pun mulai bertanya:
"Sebutkan.....
Paderi dan para hadirin berasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.
Setelah selesai menjawab semua soalan yang dilontarkan, dia bersiap untuk keluar dan bersegera pergi dari gereja. Namun detik hatinya mengilhamkan supaya dia menangguhkan niatnya terlebih dahulu, lau dibatalkan niatnya untuk bersegera keluar. Sebaliknya dia secara spontan mahu memanfaatkan peluang dan amanah besar ini. Saat-saat terbaik ini tidak dibiarkan berlalu percuma.
Kalau tadi giliran paderi bertanya kepadanya soalan bahkan 22 soalan, maka sekarang gilirannya pula untuk mengajukan soalan kepada sang paderi.
Kepada sang paderi, pemuda Muslim mengajukan satu soalan sahaja. Tidak sepuluh dan tidak dua puluh. Satu sahaja.
Sang paderi mengangguk tanda setuju namun dalam relung hatinya ada rasa gementar saat mulai mengenali kehebatan aura keimanan pemuda ini.
"Pemuda ini bukan sebarangan Muslim," getus hatinya.
Pemuda Muslim berkata, "Tuan, apakah yang dikatakan kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu, lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Namun dia berusaha menyembunyikan kegusaran dan kekhuatirannya itu. Soalan itu umpama bom jangka buat dirinya, pegangannya dan pegangan setiap penganut Kristian di muka bumi ini.
Dia cuba untuk tidak menampakkan kegusaran dan kekusutan pada wajahnya namun ia tidak berhasil. Orang ramai yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar segera menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata: "Tuan telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya telah dijawab olehnya, sementara dia hanya memberikan satu pertanayaan kepada tuan namun tuan tidak mampu menjawabnya!"
Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku sudah tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan tuan."
Paderi pun berkata: "Jawapannya ialah: ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus menyatakan keimanan mereka dan memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan, usaha dan dakwah seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Berjalanlah di muka bumi Allah dengan segala kebaikan.
Wallahualam....
Sumber: Buku Syurga Merinduimu karangan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah & Al-Qur'an

"satu yang tiada duanya,
"dua yang tiada tiganya,
"tiga yang tiada empatnya,
"empat yang tiada limanya,
"lima yang tiada enamnya,
"enam yang tiada tujuhnya,
"tujuh yang tiada lapannya,
"lapan yang tiada sembilannya,
"sembilan yang tiada sepuluhnya,
"sesuatu yang tidak lebih daripada sepuluh,
"sebelas yang tiada dua belasnya,
"dua belas yang tiada tiga belasnya,
"tiga belas yang tiada empat belasnya."
Paderi melanjutkan lagi soalannya:
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
"Apakah yang dimaksudkan dengan kuburan berjalan membawa isinya?
"Siapakah yang berdusta namun masuk ke syurga?
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun dia tidak menyukainya?
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah tanpa ayah dan ibu!
"Siapakah yang tercipta daripada api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara daripada api?
"Siapakah yang tercipta daripada batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara daripada batu?
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar.
"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, tiga di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum memandang sang paderi dan sekalian hadirin.
Setelah membaca Basmalah, dia mula menjawab soalan-soalan paderi penuh yakin dan tenang. Kepada Allah hatinya tidak putus-putus memohon kelapangan jiwa dan pertolongan. Berikut adalah jawapan si pemuda:
- Satu yang tiada dua ialah Allah S.W.T.
- Dua yang tiada tiga ialah malam dan siang. Allah S.W.T. berfirman:
"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami)..." [Surah Al-Isra' : 12]
- Tiga yang tiada empat ialah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
- Empat yang tiada lima adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enam ialah solat lima waktu.
- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah S.W.T. menciptakan makhluk.
- Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah S.W.T. berfirman:
"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." [Surah Al-Mulk:3]
-Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat memikul Arasy ar-Rahman. Allah S.W.T. berfirman:
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas kepala mereka." [Surah Al-Haqqah:17]
- Sembilan yang tiada sepuluhnya ialah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu : tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu, berbicara langsung dengan Allah di Jabal Tursina dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih daripada sepuluh adalah kebaikan. Allah S.W.T. berfirman :
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." [Surah Al-A'am:160]
- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf.
- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah :
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Allah berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." [Surah Al-Baqarah:60]
- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu subuh. Allah S.W.T. berfirman:
"Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." [Surah At-Takwir:18]
- Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.
- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Takkan ada cercaan terhadap kamu semua."
Dan ayah mereka Ya'qub berkata "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [Surah Yusuf : 98]
- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, malaikat, unta Nabi Salih dan kambing Nabi Ibrahim.
- Makhluk yang diciptakan daripada api adalah Iblis, yang diazab dengan api adalah Abu Jahal dan terpelihara daripada api adalah Nabi Ibrahim. Allah S.W.T. berfirman:
"Wahai api dinginlah dan selamatkanlah Ibrahim." [Surah Al-Anbiya':69]
- Makhluk yang dicipta daripada batu adalah unta Nabi Salih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara daripada batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah S.W.T.:
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." [Surah Yusuf : 28]
- Adapun tiga pohon yang memiliki 12 ranting dengan setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari; maknanya: Pohon adalah tahun, ranting adalah bulan, daun adalah hari, dan buahnya adalah solat 5 waktu; tiga dikerjakan pada malam hari dan dua pada siang hari.
Paderi dan para hadirin berasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.
Setelah selesai menjawab semua soalan yang dilontarkan, dia bersiap untuk keluar dan bersegera pergi dari gereja. Namun detik hatinya mengilhamkan supaya dia menangguhkan niatnya terlebih dahulu, lau dibatalkan niatnya untuk bersegera keluar. Sebaliknya dia secara spontan mahu memanfaatkan peluang dan amanah besar ini. Saat-saat terbaik ini tidak dibiarkan berlalu percuma.
Kalau tadi giliran paderi bertanya kepadanya soalan bahkan 22 soalan, maka sekarang gilirannya pula untuk mengajukan soalan kepada sang paderi.
Kepada sang paderi, pemuda Muslim mengajukan satu soalan sahaja. Tidak sepuluh dan tidak dua puluh. Satu sahaja.
Sang paderi mengangguk tanda setuju namun dalam relung hatinya ada rasa gementar saat mulai mengenali kehebatan aura keimanan pemuda ini.
"Pemuda ini bukan sebarangan Muslim," getus hatinya.
Pemuda Muslim berkata, "Tuan, apakah yang dikatakan kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu, lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Namun dia berusaha menyembunyikan kegusaran dan kekhuatirannya itu. Soalan itu umpama bom jangka buat dirinya, pegangannya dan pegangan setiap penganut Kristian di muka bumi ini.
Dia cuba untuk tidak menampakkan kegusaran dan kekusutan pada wajahnya namun ia tidak berhasil. Orang ramai yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar segera menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata: "Tuan telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya telah dijawab olehnya, sementara dia hanya memberikan satu pertanayaan kepada tuan namun tuan tidak mampu menjawabnya!"
Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku sudah tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan tuan."
Paderi pun berkata: "Jawapannya ialah: ASYHADU ALLA ILAHA ILLALLAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus menyatakan keimanan mereka dan memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan, usaha dan dakwah seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Berjalanlah di muka bumi Allah dengan segala kebaikan.
Wallahualam....
Sumber: Buku Syurga Merinduimu karangan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah & Al-Qur'an
Sunday, March 10, 2013
~ SINERGI: KEIMANAN ADALAH PAKSI ~
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan oleh Yang Maha Penyayang..
Tujuan entry kali ni adalah untuk berkongsi ibrah yang diperolehi dari sebuah novel tarbiah karangan Hilal Asyraf berjudul Sinergi.
Sinopsis :
Ukhuwah dua sahabat, Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi, menyebarkan "aura" harmoni kepada masyarakat sekeliling khususnya pelajar Melayu di Jordan. Konflik mula timbul dengan kehadiran Sara Nasuha. Bukan konflik dengki mendengki tetapi konflik untuk menjaga kelangsungan ukhuwah yang berlandaskan keimanan.
Disaster Five hadir dengan misi membuat kacau-bilau. Konflik dua sahabat diambil sebagai peluang keemasan bagi merosakkan ukhuwah mereka. Irfan dan rakan-rakan bertindak balas untuk "menawan". Tetapi siapa yang menawan siapa?
Sebesar-besar dendam dan selicik-licik Disaster Five, ada insan yang lebih besar dendamnya dan lebih licik tindakannya. Dia ialah.... Secret.
Selesai membaca novel yang padat dengan pengajaran dan ter'inspirasi' dengan tingginya tahap keimanan dalam sebuah persahabatan.
Satu tambah satu menjadi tiga
Bukan dua jawapannya
Kerana dua individu yang bergabung atas keimanan mereka
Akan melahirkan sesuatu yang luar biasa
Hingga dapat mengubah dunia
Itulah SINERGI kita
Sinergi manusia yang beriman kepada-Nya.
Dari pembacaan juga kita mampu mentarbiyah hati dengan karangan yang penuh dengan mutiara kata yang tidak ternilai harganya. Sesekali hati tertanya "mampukah aku mencapai tahap keimanan yang diterapkan dalam novel ini?" Semoga Allah mengizinkan.
Nilai persahabatan yang sangat tinggi nilainya diuji dengan permainan hati dan fitnah yang mengoncang keutuhan ukhuwah mampu diatasi kerana paksi yang satu iaitu IMAN. Mereka bersahabat berlandaskan keimanan yang tiada tolok bandingnya hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Ilahi. Subhanallah.
"Kalau kau terjun ke dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpin tangan masuk ke syurga." Asid menyebut sambil matanya tidak lepas memandang Irfan.
"Macam mana sampai sanggup begitu?" Wafiq tidak faham.
"IMAN. Sebab kita bersahabat atas dasar keimanan. Jadi, apakah mereka yang ada keimanan, redha melihat sahabatnya menuju kehancuran?" Irfan berbicara.
Alangkah indahnya persahabatan yang berpaksikan keimanan. Sukar untuk dipupuk tetapi tidak mustahil untuk disemai. InsyaAllah..Biznillah..
Asid juga sanggup mengorbankan perasaannya terhadap Sara Nasuha kerana menyangka sahabat dunia akhiratnya akan mengahwini wanita yang berjaya mengambil hatinya itu.. Tetapi Allah Maha Kuasa dan mengatur kehidupan hambaNya lebih indah dari jangkaan hambaNya sendiri. Asid dan Irfan bersatu dengan insan yang mereka cintai.. :)
Novel yang banyak menerapkan nilai insan yang murni dan sentiasa sabar tika berhadapan dengan pelbagai ujian. Walaupun difitnah, diherdik dan cuba dicederakan oleh kumpulan Disaster Five, Irfan tetap dapat menerima mereka, tetap menjaga hubungan sesama manusia. Semuanya kerana IMAN.
Aku dengan kau
adalah tanggungjawab aku kepada Allah
Maka apa pun keburukan kau kepada aku
tetap tidak kuhiraukannya
Kerana aku cinta padamu
Hanya kerana Dia.
Seorang demi seorang ahli Disaster Five akhirnya berjaya di tawan hatinya hanya kerana "ukhuwah berlandaskan keimanan". Hati mereka terasa diisi saat mendekatkan diri dengan ahli PERMAI yang lain. Mereka tidak rasa terasing dan dilayan seperti keluarga sendiri walaupun telah banyak melakukan kekacauan.Begitu juga dengan Secret yang menyimpan hasrat untuk membalas dendam atas kematian abang angkatnya Amir Hudzaifah. Tiada DENDAM, kerana utuhnya iman dalam perhubungan sesama insan.
Terlalu banyak input yang dapat kita perolehi daripada novel islamik ini.. :)
Jika ingin membaca lebih lanjut boleh 'melawat' web langitIlahi..
http://langitilahi.com/1771
wassalam...

Thursday, December 27, 2012
~ MENCARI KETENANGAN YANG HILANG 1 ~
Humaira' menghirup udara nyaman di pagi hari,
Hatinya terusik tika suasana pagi berjaya menyunting damai dalam hatinya.
Kepalanya didongakkan memandang ke langit, kelihatan awan biru berarak mengikut angin.
"SubhanAllah. Indahnya ciptaanMu, ya Allah."
Matanya ralit melihat burung-burang yang terbang bebas bermain di awangan.
Hatinya tersentuh, telah lama damai itu hilang. Sekian lama dia mencari ketenangan itu.
Tanpa diduga air mata keinsafan itu mengalir, meratapi dosa-dosa silam yang membuatkan hatinya jauh dari cinta Ilahi.
"Andai aku mampu kembalikan masa, aku tidak ingin membiarkan diri aku menjadi seperti sekarang. Aku dahagakan kasihMu ya Allah. Telah lama aku lalai, aku leka melayari hati yang dahagakan kepuasan."bibir Humaira' berbisik perlahan. Seolah-olah jiwanya sedang berbicara.
Walaupun hari ini jadualnya padat dengan kuliah, dia masih mencari ruang untuk menyembuhkan rona hitam dalam hatinya. Humaira' mengalihkan langkah untuk menyiapkan diri ke fakulti.
Humaira' tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Hari-harinya cuba disibukkan dengan aktiviti yang bermanfaat agar jiwanya tidak terasa kosong.
Suasana di dewan kuliah riuh rendah dengan suara rakan-rakan seperjuangannya. Ada saja topik perbualan yang ingin dikongsikan dengan rakan yang lain. Humaira' gemar melihat gelagat rakan-rakannya. Ada yang menjaga adab, ada yang kuat melaram, ada yang berjaya menonjolkan kepimpinannya, ada yang kelihatan merendah diri dan ada juga yang berkeyakinan.
"Allah menciptakan manusia itu berbeza-beza. Setiap orang ada kelemahan dan keistimewaannya yang tersendiri. Aku juga begitu, tetapi masih banyak yang harus aku perbaiki."bicara hatinya.
Begitulah rutin harian Humaira'. Dari pandangan itu, sesekali mendekatkan dia dengan Allah, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Jauh lagi perjalanan hidupnya.
Malam yang disinari cahaya bulan hadir menggantikan siang yang diterangi cahaya matahari. Humaira' teringat Firman Allah dalam surah Ali- 'Imran ayat 190-191 :
Humaira' berjalan menuju ke luar rumah untuk menikmati cahaya bulan. Tangannya memeluk erat Al-Qur'an yang dahulunya sangat jauh dengan hatinya. Kini Al-Qur'an itulah yang menjadi teman setia Humaira'. Dia percaya surat-surat cinta dari Allah itu mampu memberikan ketenangan kepada hatinya. Hati Humaira' sering dirundum pilu tika dirinya bersendirian. Saat itu, Al-Qur'an itulah yang akan dicapai untuk memulihkan semangatnya yang kadangkala goyang dek bisikan kenangan lama yang pernah membuatkan dirinya tersungkur suatu masa dahulu.
"Aku kena kuat, aku ada Allah."ayat itu meniti dibibir Humaira' bersama air mata yang berlinangan.
Imannya sering teruji. Adakala dia sendiri gagal mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak seharusnya dia lakukan.
"Ya Allah, jahilnya hambaMu ini dalam mengenaliMu. Hinanya hambaMu ini dalam memegang amanahMu. Lalainya hambaMu ini dalam mengingatiMu."layar keinsafan itu dibiarkan melayani hatinya yang mencari jalan menuju redha Ilahi.
" ya Allah, janganlah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Mu, sesungguhnya engkau maha pemberi "
(al-imran:8)
(al-imran:8)
Humaira' mengesat air matanya yang semakin deras mengalir. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat-sahabat dan kenalan yang mendekatkannya dengan Allah.
"Kalau kita nak jadi baik, Allah akan hantarkan orang-orang yang baik untuk bantu kita"
Humaira' menguatkan keyakinannya supaya langkahnya terus gagah untuk meniti hari-hari yang berbaki.Dia sedar masih banyak dugaan yang harus ditempuhi. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong itu, bukan mudah untuk menjernihkan air yang keruh dan bukan mudah untuk berjihad di jalan Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 menguatkan hatinya.
Selagi masih ada kudrat, Humaira' bertekad untuk terus melangkah dan memperbaiki dirinya.
Malam itu hatinya terasa sangat tenang. Humaira' mencapai sebatang pena dan sehelai kertas.
27/12/2012
langkah demi langkah aku lalui
mencari kebenaran dalam keraguan
mencari sinar dalam kegelapan
mencari kekuatan dalam kelemahan.
dulu hati kecil ini lalai
dulu hati kecil ini leka
kini hati ini ingin kembali
kini hati ini dahaga cinta Ilahi.
saat diuji, jiwa ini rapuh
hilang punca untuk melangkah
terkapai-kapai mencari arah
mengharap sinar yang menyinggah.
harapanku,
andai mata ini terpejam untuk selamanya
izinkan aku mengecapi cintaMu
izinkan aku merasai ketenangan yang hilang
izinkan aku berlabuh dalam layar keinsafan.
hati yang diuji, Humaira'
Thursday, October 25, 2012
~ "MEANINGFULL" WEEKEND'S ENTRY :) ~
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah masih dipinjamkan Allah nyawa ini utk terus bernafas dan diberikan kesihatan serta tubuh badan yang baik...Based on title "meaningful" weekend's entry for sure everyone boleh agak ada kenangan yang tersimpul sepanjang weekend yang lepas...Kenangan yang sebelumnya ina bayangkan hanyalah angan2,yang singgah dihati tetapi diberi kesempatan oleh Allah untuk merasainya sendiri...
Program "Mahabbah Fil Islam" yang dianjurkan oleh SOPHYS memberi banyak pengisian yang menarik...Alhamdulillah berkesempatan mengikuti 2 program yang dianjurkan iaitu konsert devotees dan program bedah buku bersama Hilal Asyraf & Ustazah Fatimah Syarha..."Fiesta Nostalgia" juga berlangsung dalam minggu yang sama..
Konsert devotees berlangsung pada 19/10/12 di DK 500 UiTM Puncak Alam. Disebabkan kawan kelas yang jadi AJK untuk konsert devotees ni, so dapat la seat depan,belakang VIP. Dah la depan,tengah plak tu.. Actually ina pun xkenal sangat kumpulan ni, lagu yang biasa dengar pun lagu "mahar cinta" sampai la 1 hari sorang akak post video kumpulan Devotees nyanyi lagu "anak kampung"...

KONSERT DEVOTEES

:: ni la videonya ::
Tengok ahli kumpulan ni sangat sempoi, terus minat..ngeee~bersih je muka abg2 devotees ni.. :)
Pastu ada la cari video2 kumpulan ni kat youtube,menarik jugak...Then dapat tahu devotees nak datang,ok happy la kan~dapat gak kesempatan tgk kumpulan ni perform live.. ^_^
Pastu ada la cari video2 kumpulan ni kat youtube,menarik jugak...Then dapat tahu devotees nak datang,ok happy la kan~dapat gak kesempatan tgk kumpulan ni perform live.. ^_^
:: tema diaorang malam tu merah hitam.. :) ::
:: abang abd halim...:) ::
:: sibuk abg2 ni sign poster..dapat jugak autograph diaorang..ngeee ::
:: senyum lebar dapat tanda tangan abg2 devotees..ngeee~ :D ::
:: senyum lebar dapat tanda tangan abg2 devotees..ngeee~ :D ::
Honestly mmg enjoy performance devotees malam tu.. :)
Banyak jugak lagu yang diorang sampaikan,n boleh tahan lawak gak la abg2 devotees ni dok bergurau senda atas pentas tu..
PROGRAM BEDAH BUKU
Program ni pulak diadakan pada hari sabtu (20/10/1012) di DK9.Agak teruja dengan program ni sebab penceramah jemputannya adalah HILAL ASYRAF & USTAZAH FATIMAH SYARHA.. Disebabkan dah lama simpan impian nak jumpa dengan ustazah, ina pun daftar la jadi ajk.Hilal asyraf ni ina kenal through fb, tgk ramai like status2 dia,so tau gitu2 je la..Ustazah Fatimah Syarha ina kenal lepas sorang kawan ina kenalkan ina dengan penulisannya dalam buku "pemilik cintaku setelah Allah & Rasulullah"..
:: Hilal Asyraf berkongsi cerita ::
Hilal Asyraf mengupas serba sedikit penulisannya dalam buku "Sebelum Aku Bernikah".
Hilal menceritakan mengalaman dirinya sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga,alhamdulillah banyak yang dapat dikongsikan bersama.Kalau nak tahu lebih lanjut baca la buku hasil penulisan Hilal Asyraf,insyaAllah banyak manfaat yang boleh diikuti. Tahniah juga kepada Hial Asyraf kerana bakal menjadi bapa,insyaAllah.. :)

:: lepas amek autograf,tangkap gambar plak.. :) ::
:: dapat rakam sikit je~huhu (ammar curik2 tangkap gambar ni) ^_^ ::
Hilal Asyraf bagi talk sampai 10.30 pagi then sambung dengan Ustazah Fatimah Syarha.
Waktu Ustazah ulas tentang bukunya "Cinta High Class" ina tak dapat dengar sepenuhnya sebab kena jaga booth buku2 ustazah..tapi berpeluang mencari sedikit ruang untuk bersama rakan2 lain dalam DK tu,alhamdulillah.. :)
:: ustazah meluangkan sedikit masa untuk autograf sementara tunggu dr farhan datang ::
:: lastly dapat best moment ni..:) ::
Dapat berbual dengan ustazah, tgk cara ustazah layan karenah anak2 dia. Ustazah bagi petua, katanya dalam umur anaknya sekarang, mereka sukar dengar arahan jadi kita kena bagi arahan berlawanan.Jika disuruh makan mereka akan menolak tapi jika kita beri arahan yang kita tak nak suap mereka makan,mereka sendiri akan datang & dapatkan makanan.. :)..unikkan cara ustazah didik anak2nya..Ustazah juga sangat sabar melayan karenah anak-anaknya, bibir tidak lekang memuji nama Allah tika menemani anak-anaknya..
semoga berkesempatan bertemu dengan insan2 ini lagi, terima kasih atas segala nikmatNya..:) <3
semoga berkesempatan bertemu dengan insan2 ini lagi, terima kasih atas segala nikmatNya..:) <3
FIESTA NOSTALGIA
Alhamdulillah batch ina dinobatkan sebagai JUARA untuk Fiesta Nostalgia kali ke2 ini..Part 3 mmg ohsem la.. :)..meriah jugak la sambutan kali ni,ina jadi pemerhati tegar je..hehe..
:: bergambar sebelum perbarisan bermula..>,< ::
sampai di sini sahaja apa yang berlaku minggu lepas yang dapat ina kongsikan..
Ina nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Semoga kita semua dapat melakukan "PENGORBANAN" yang besar di jalan Allah, wallahualam.. :)
:: selamat melaksanakan ibadah korban.. :) ::
:: jangan lupa takbir raya ^_^ ::
Hayatilah sejarah dalam pengorbanan Nabi Ibrahim & Nabi Ismail...
wassalam..:)
Friday, October 5, 2012
~ HIKMAH DISEBALIK HUKUM HUDUD KEPADA PENZINA~
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Actually tajuk entry kali ni pasal hukum hudud kepada penzina sebab ustaz ada cerita sikit dalam kelas tadi.
Sebelum ni pernah diberitahu oleh seorang sahabat,tapi tak tahu secara detail,so jom kita explore apa hikmah disebalik hukum yang dah Allah tentukan untuk pelaku...
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah an-nur 24 : 2)
Sesungguhnya setiap yang Allah tetapkan itu ada hikmahnya,tiada yang sia-sia...
Hukuman untuk pesalah zina:
- belum berkahwin : 100 kali sebatan
- sudah berkahwin : rejam sampai mati

DARI SUDUT SAINTIFIK
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodI T4 Limfosit yang masih kuat dan masih bertenaga. Jika seseorang itu menghidapi HIV selepas penzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat dia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis. Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagiaan belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Sekiranya pelaku tersebut sudah berkahwin dan menghidapi HIV, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah penghasilan benih-benih2 bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit disamping memberikan pengajaran kepada orang lain supaya takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Mengapakah terdapat perbezaan dalam hukuman yang dijalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan status manusia yang berbeza?
Sepintas lalu ulama' menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabit bersalah, hukuman rotan sebanyak 100 kali adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukan zina ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina yang belum berkahwin adalah kerana mereka belum pernah merasakan nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga terjerumus melakukan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan keatas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka ini akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini- Dr. Jamnul Azhar
Firman Allah, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk.” (Surah al-Isra’, ayat 32).
Saturday, September 22, 2012
~ RE 'UMMAH' FICATION ~
ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama muslimin dan muslimat yang lain menghadiri majlis ilmu bertajuk " RE 'UMMAH' FICATION " di DK500, UiTM Puncak Alam..
Program yang dianjurkan oleh PERSATUAN RAKAN MASJID untuk menyemat rasa cinta dan kasih terhadap Rasulullah S.A.W. terutama sekali setelah pembikinan filem yang menghina baginda disebarkan. Filem yang menabur fitnah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan menghina agama Islam yang dihasilkan oleh yahudi ini sangat menguji kesabaran umat Islam. Siapalah yang sanggup mendiamkan diri tatkala kekasih Allah itu dihina.Semoga Rasulullah akan sentiasa segar dalam ingatan kita..:)
Program yang berlangsung lebih kurang selama 3 jam ini sangat mengusik hati dan sanubari..
Kami disajikan dengan slot2 yang menarik seperti berikut :
- Poem Recital
- Multimedia Presentation
- A Letter To My Beloved Prophet
- Reflection
- Selawat Recital
SAJAK yang disampaikan mampu membuat butir kaca ini bergenang membasahi mata. Bait2 kata yang menusuk membuat mata dan hati tersedar dari lamunan yang aku semakin jauh dari Rasulullah.Kadang kala leka dan alpa dalam mengingati baginda.
TAYANGAN VIDEO yang menyentuh hati menyebabkan air mata itu deras mengalir. Rasulullah amat menyayangi UMATNYA. Terlalu kasih hingga akhir hayatnya. Sebelum baginda wafat, umatnya masih meniti dibibir Rasulullah.
WARKAH BUAT BAGINDA memberi peluang untuk kami meluahkan isi hati kami buat baginda. Terlalu banyak yang ingin diluahkan kepada Rasulullah.Terlalu rindukan Baginda. Walaupun kami dihidupkan sesudah nabi wafat, itu tidak menghalang rasa kasih dan cinta kami terhadap baginda. Semoga kita semoga mendapat syafaat dari Rasulullah S.A.W. di akhirat kelak. Percayalah kita akan bertemu dengan Rasulullah kelak di padang Mahsyar..insyaAllah..
SELAWAT keatas nabi yang dilafazkan bersama2 sangat indah alunannya.Semoga istiqamah dalam berselawat. Pengorbanan Baginda sangat besar dalam menyebarkan Islam. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam.
Semoga kita berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan dalam menyebarkan agama Allah.
Semoga hati kita terus dibajai dengan rasa cinta terhadap Allah dan Rasulullah..

:: REFLECTION ::
:: uhibbuki fillah.. :) ::
wallahualam..wassalam...^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)